Aku okey je dengan keje baru. Takde perasaan benci ke menyampah ke. Aku ok.
Maksudnya aku happy.
Tapi biasalah, dalam setiap benda mesti ada cacat celanya. Tapi benda tu mungkin datang dari diri sendiri.
Aku terlampau sibuk sampai aku penat.
Hurm
Mungkin bagi org lain nampak kesibukan aku tu, er macam takde pape lah. Keje yg kena buat mungkin setakat 2 3 benda sahaja.
Tapi ketahuilah, nak menjadikan dua tiga benda tu, proses, maklumat, org yg terlibat membuatkan 2 3 benda tu macam 100 benda yg kau kena buat sekaligus.
Hurm
Aku happy dengan kerja ni. Tapi aku penat.
Balik bercuti haritu aku terus masuk full speed buat kerja. Sebelum cuti aku dah tak tido siapkan kerja. Balik dari cuti I've worked for 12 hours kat ofis pastu sambung buat kat rumah pastu esok nya pukul 7 pagi dah dalam ofis. Semuanya nak siapkan dan nak hantar document sbelum pukul 12.
Resultnya?
Aku berjaya siap dan hantar on time. And i was sick for the next 2 days. Eh kalau kira hari ni pun dah 4 hari. Keracunan makanan secara tiba2 dan demam yg teruk.
Itupun, masih lagi gigih bekerja. *lepastu tak tahan kul 3 lebih balik rumah*
Sebenarnya aku bebel panjang ni sebab aku masih lagi sakit perut dan rasa loya. Ni sudah Ahad dan esok perlu bekerja. Tapi aku belum recover 100% sedangkan kemungkinan esok aku perlu travel ke Melaka.
Hurm.
Semenyih hujan. Semoga cepat hilang jerebu.
Nasib baik My-NPC postponed, kalau tak aku rasa mungkin aku dah muntah darah akibat kepenatan...
Terima kasih, sebab peduli aku sakit. Tak jemu tanya :)
Terima kasih awak, for the unexpected gesture :)
Terima kasih mok, layan perangai post-sakit :)
No comments:
Post a Comment