Wednesday, July 9, 2014

#ramadan (bulan biru)

Dah sebelas hari dah puasa. Maka, selamat berpuasa.

So, puasa tahun ni?
Macam biasa, minggu pertama mostly memang kat rumah je la melepet. Dah masuk second week ni berderet pula plan berbuka puasa ngan kawan2. Well, bila lagi nak jumpa kawan kan?
Tapi bersabar je la dengan duit mengalir macam air. Baru 2 minggu dapat gaji dah nak jatuh miskin dah T_T


Terasa lepas raya nak cari keje part time. Nak cari duit lebih, nak kumpul duit banyak dalam masa singkat. Hmm sedih betul bila terpaksa jadi hamba duit ni. Tapi nak buat cemana, banyak benda nak kena setelkan. Lagi lama lagi banyak nak kena bayar. Tu pun belum masuk mama da bunyi2 tanya taknak tuka kete ke oh dengan bila nak repair Kelisa -__-

Yelah, tau sendiri pakai pandai2 la repair. Bukan taknak, tapi ni gigih la ni kumpul duit nak repair kete. Banyak plan ngan duit yang simpan tu. Nak cat balik Kelisa, bayar hutang ngn lilD, setelkan credit card, belikan Rezza laptop. Semua nak. Tu tahan je nafsu bila terasa nak beli pape. Tak baik bazir, banyak lagi benda nak pakai duit. Hajatnya by umur 30, nak debt-free. Tapi macam tak kesampaian je? T_T

Tu bab financial. Bab hati? Entah lah. Haritu berasa hati lagi ngan LilD, which one of the reason kenapa aku terana nak cari part time job juga. Pedih kot bila dia ungkit pasal duit, pasal dia bukan kaya nak split everything (ye, ada juga benda lain dia cakap, dedua terasa, tapi yg ni senang sikit nak sembang). Terasa macam, dah 6 tahun you still think that I want your money? Haih. Makanya apa yg berhutang dengan dia hendaklah cepat dilangsaikan. Senang kot sentap benda2 camni.

Anyway, nak kembali fit. Awal2 sebelum puasa and minggu first puasa aritu da rajin jog, ni dah seminggu tak jog. Seram tengok badan sendiri. Lagi seram masa kat Melbourne haritu, ada tengok a TV programme called Embarrassing Fat Bodies. I don't wanna end up like that. Tu yang gigih gi jog. Gym dah bayar, tapi tak jejak lagi kaki ke sana. I really need a gym buddy camni, sebab segan nak pegi. Dulu kat FF ok je. Haih.

Oklah, dah abes ofis hour, and nak ke Solaris untuk iftar dengan ex-Patimas. Dari dulu lagi panggil iftar, tapi sejak ramai org dok kata yg sebut iftar ni poyo, terus elak. Padahal panggil dulu sebelum ramai org pakai, sekarang geng2 errr suka sebut arab2 punya perkataan ni. Takpelah, loh ko sek mu lah.

Toodles

Monday, June 9, 2014

Jawapan yang tak pernah ada

Dalam sebulan ni dah dua kali terasa.

Kadang2 bila good things (takdelah good sangat, maksud aku hubungan tiada pergolakan) go on for  a long period of time, ada je perasaan yang nak tolong kacau.

Tapi tu lah, I am merely a human aku bagitau kat lilD. Sekuat mana aku usaha untuk be happy for him, aku tak boleh tipu yang aku pun ada perasaan juga, jadi masih boleh berkecil hati walaupun aku faham. Maka, tidak adil lah untuk tuduh aku tidak faham dan tamak. Itu sedih tahu tak?

Makanya dia akan selalu berbalik kepada, "remember the reason I wanted to end this last year?"

Sebenarnya bukan last year sahaja. Years before juga, almost every year. Sometimes it makes me wonder, if he wanted to get rid of me, he does not need to care about my feelings. He can leave, walk away as he pleases. Sebab dia tak rugi apa2, I am.

Hm. Sebenarnya aku dah tatau nak luah kat mana. Dulu selalu gak merapu kat twitter, tapi sekarang since he's on twitter as well, dia boleh tengok benda yg aku elak bagitau dia, elak utk bergaduh. So, rasanya lepas ni memang mengomel kat sini je lah kot? Sebab rasanya dia dah tak baca blog ni, for years.

Sebab hari tu lepas cuba untuk memahami keadaan dia, dah tentu aku kecik hati tapi taknak gitau dia sebab nanti gado. Dok membebel2 kat twitter tetiba dapat message kena marah.
Kesimpulannya pada dia, aku tak pernah rasa cukup with what I have. Aku tak pernah hargai his effort untuk puaskan hati semua orang. Ouch!

It hurts man! It hurts.

So, kesian bakal suami, kalau ada, sebab aku tak pernah rasa cukup. Well, my effort to understand people is never enough I guess. Aku tak pandai menghargai. Mungkin sebab tu Tuhan tak ketemukan jodoh aku. Sebab aku takkan mampu jadi seorang teman yang sempurna.

Hm.

Mengadu kat Ija, sambil gelak2 air mata pun ikot galak turun. Dia cakap, sampai bila aku nak tunggu?
Pemerhatian dia, masa aku sakit dia taktau pun lilD datang melawat aku, because he was busy (funny the fact that I always sick whenever he's busy/away).
Dia tanya, tak terasa ke Khairi sibuk call/message tanya nak teman gi klinik and Fariz siap datang bawak stok makanan (dan setengah dozen 100plus)? Sedangkan tu kawan. (Tapi lilD and I were never an item pun, kan ktorang ni undefined -_-)
Well, ouch!

Ok, dah panjang sangat. Nanti bosan. Aku kan suka bosankan orang. Haih

Tuesday, May 20, 2014

Kerna dunia ini indah

Here we go, come with me
There's a world out there that we should see
Take my hand, close your eyes
With you right here, I'm a rocketeer
Let's fly



Dah tentu mahu mencari seseorang utk teroka dunia bersama
Tapi sebenarnya lebih kepada,
yang sanggup travel murahan dengan aku
Sebab priority duit aku lebih kepada benda lain.
Tapi masih gatal mahu berjalan. Haha

FML

Tuesday, April 22, 2014

Tiap tiap hari hujan

Hari tu celebrate birthday lilD.
Ye, dia masih wujud dalam kehidupan.

Pastu terfikir, even sebenarnya selalu fikir pun.
Sampai bila?
Pastu fikir balik, biarlah, malas nak fikir.

Anyway,

Happy Belated Birthday Love.

I Love You.

Always did,
Always do,
and Always will.

You know I do.

Tuesday, April 1, 2014

Pusingan U

What if, perasaan tu masih menebal.
Tapi susah nak teruskan?

Sayang, amat yang sangat.
Tapi, lelah.

Kalau lah perasaan boleh U-turn, berpatah  balik kepada previous feeling.
Kalau boleh undo the whole 6 years.

Tapi tu lah, masih sayang.
Sampai sekarang.

Sunday, March 30, 2014

Sepatutnya

Orang single takde komitmen. Maka, boleh lah hidup sesuka hati sesedap rasa.

Tapi tak juga. Ada juga komitmen sikit2. Apetah lagi kalau boros macam aku. Haha

Anyway, ada benda yg berlaku minggu lepas. Manager aku disuruh berhenti. Sebabnya? Tidak menunjukkan prestasi yg baik dan tidak mampu bekerja dalam satu pasukan. Ouh, itu antaranya lah.

Kasihan juga, tapi it was his fault I can say. Mr B dah cuba macam2 to keep him, but yeah, it did not worked.

Aku kasihan sebab he has a family to feed and at his age, I hope he can find a new job soon. Sedih bila mengenangkn kau ada family to take care of, tapi kau tak berusaha nak buat yg terbaik untuk keep your job.

Mungkin dia dah cuba, but not enough?

Entah, aku rasa mungkin position yg dia pegang buatkan dia sedikit bongkak lantas meletakkan diri sendiri above orang lain? Aku tak tahu. Tapi dia langsung tak mahu bekerja dengan orang, mengarah aku ngan Amira sesukanya dan sedikit bodoh sombong (banyak gak sebenarnya).

Yes, I find it hard to work with him, but I've tried, sebab aku nak kerja. Tapi tak tahulah dia. Despite apa2 perasan kurang senang aku terhadap dia, aku kesian.

Kesian family dia sebenarnya. Sebab aku rasa dia tak berusaha utk family dia, mungkin.

Work like it is hard for you to find another job. Be humble. Especially when you have family to feed.

Aku work hard sebab nak bayar hutang. Fml

Friday, March 21, 2014

Cuti Sakit dan Lampu Isyarat

R: Tadi org gi lunch duit tak cukup. Nasib baik boleh pinjam ngan Mira. Hahaha
F: Cemana boleh tak cukup?
R: Sebab tak check purse. Smalam kan banyak pakai duit.
F: Aik. Awak beli apa semalam?
R: beli klinik ngan workshop. Kaya tak?

Fuh Habuk Fuhhhhh

Hellooooooo... Yesza, dah lama sangat tak blogging. Rindu? Yes! Tapi itulah, banyak masa digunakan untuk benda lain. Nak kata punyalah tak...