..aLphaBets beComes woRds becoMes phRases beComes seNtenCes beComeS wuT it Shud hAve saId..
Wednesday, January 29, 2020
Fuh Habuk Fuhhhhh
Yesza, dah lama sangat tak blogging. Rindu? Yes! Tapi itulah, banyak masa digunakan untuk benda lain. Nak kata punyalah takda masa, sampai twitter pun jarang jenguk. Haha!
So, why am I here. Sebab rindulah! I just started another blog, for my essential oils journey/business. Kenapa tak letak sini? Sebab macam, hmmmmmm different direction. Sini tempat nak mengarut. Sana tempat serious sikit. Meh la jenguk blog tu, https://oilympians.wordpress.com/
Masih work in progress. Masih mengasah bakat menulis lama terbiar (ada bakat ke? Haha!). Sebab tu lah kembali ke sini, sebab sini freely sikit nak menulis. Kita tengoklah perjalanan dia macam mana ya?
OKaylah, masa untuk balik. Byeeee
Saturday, August 19, 2017
Just keep swimming!
Thursday, July 20, 2017
Kulijer
Wednesday, July 19, 2017
love minus two
kembali?
Friday, October 30, 2015
Thursday, July 9, 2015
Kira turun
Encik tunang pernah cakap, orang sales ni semua mulut manis pandai putar belit and manipulate. I beg to differ sayang. I am a salesman yang tak pandai manis2, siap warn client bagitau how they have wronged us previously, to make sure they won't manipulate us anymore. Aku rasa, as long as kau tau prinsip kau, jadi jurujual tak perlu manis2 pun, yang penting integrity.
Dulu-dulu masa merancang majlis abang, masa tu community bride-to-be masih, hijau. Masa tu memang beranganlah nak blog untuk persiapan kahwin, etc. Ah kau, blog yg sedia ada pun berhabuk, lagi nak berangan. Anyway, few things makes me give up on the idea. Satu, me and fiance, kinda on a fast track. We've known each other for quite sometimes, heck, we've been good friends for couple of years. Next thing we know, we came back from a vacation and everything is on fast speed. We dated, planned, met the parents, risik, tunang, and less than year, getting married (tengok kalendar, mencungap). Mengenangkan my current position yang tidak membenarkan aku meluangkan masa pada persiapan, dan juga to make my parents happy, since this is the last wedding for the family, biarlah depa yang run the show. Lagipun, masa tunang dah cukup drama, so for me to be happy is to let them be happy. Jadi, takde apa pun lah nak cerita dalam blog sangat.
Nak cerita pasal tunang? Er, you can see him in my instagram/facebook feeds as we've been friends for years, close friends. I am excited and of course in love with him, but I keep it between us, sebab aku memang tak rajin pun upload gambar bagai ni. And seriously, satu kepuasan juga, bila few days ago, I put our picture together as profile pic, ada satu comment ni made me happy, and glad I made that decision. Katanya, tak pernah tengok gambar berdua, sekali letak memang sweet. See, the little things that you make, sebenarnya ada impact. Tidak lah kata, kalau selalu letak orang bosan ke apa, but hey, everyone has their own definition of happiness and to what extend they want to share it with others (dengan harapan juga sebab less than a month nak kawen, supaya tiada yg mengacau tunang :p).
Oklah, macam panjang sangat rant. Toodles :)
Encik Farizzamzam, looking forward to finish this countdown :*
Monday, June 15, 2015
Demotivated
As my role is more to result (money) oriented position, bila orang lain tiada kerja, kau yang bertanggungjawab. Tak senang. You will be under microscope all the time. Buat kerja gila-gila pun takda la pulak nampak bawak kanta pembesar. Hurm.
Or mungkin sebab apa yang jadi sejak kebelakangan ni buat aku rasa tak seronok kerja? Dengan colleagues yang banyak support dah nak berhenti, aku pun rasa makin tak seronok kerja.
I don't like being unproductive, sebab it will be seen by other people and, aku rasa tak puas hati. Tapi tu lah, soal hati ni pun payah gak nak paksa, kalau dah demotivated, cenggitu je la gayanya. Urgh!
Sepatutnya lagi nak kahwin, lagi lah bekerja keras nak cari duit nak kahwin. Tapi? Haih la. Kadang-kadang rasa penat sangat, sebab weekend pun dah bukan masa kau sendiri, banyak je benda yang kena buat. Nampak sangat aku punya time management ke laut. T_T
You, I am lucky to have someone who understands me and willing to listen to my whining, bebel, sedih dan semua-semualah. Yes. I am lucky to have you. Stay with me forever, please?
45daystogo.
Friday, March 20, 2015
Sesekali
Bila ada time, mula lah teringin nak makan macam-maca. Tak sedar kena kurangkan berat (bukan setakat untuk mencantikkan diri, juga untuk kesihatan sebab doktor dah bising)
Bila ada time, mula lah merapu.
Dan sekarang, selalu sangat nak berjiwang kat Twitter and blog. But yeah, I'm too happy.
Dulu masa takda sesiapa happy juga, ada kawan-kawan yang baik, setia. Yang paling penting ada family, yang love you unconditionally, and supporting you no matter what.
Tapi sekarang rasa lagi happy, lagi lengkap. Terutamanya bila tengok tunang dan family ngam, mama seronok bakal menantu datang makan, papa suka tegur dan abang boleh bercakap.
I am blessed.
And you, thank you.
Toodles :)
#nowlistening - Photograph (Ed Sheeran)
Monday, March 9, 2015
143
Friday, March 6, 2015
Darjah Satu Dah
Kalau budak betul dah masuk sekolah darjah satu dah.
Banyak yang jadi for the past 7 years. Suka, duka, naik, tergolek semua ada. Alhamdulillah, I'm at my best moment now. You should be a happier blog now :) You're my longest relationship ever, but someone is going to fight you :P
Pengalaman masa darjah satu, masuk sekolah cikgu marah sebab pakai kaler pensel member, because mama bought our own while others bought a pack (like school-starter pack) from the school. Tak ingat dah cap apa my color pencil but I do remember it has clowns on the packaging, while others are Luna. I don't like mine sebab kaler dia cair, so dok pakai la yang member punya, sebab Luna kaler terang and pekat, was so jealous. Pastu kena marah ngan cikgu, sobs! Ala cikgu pun, member kasi je pinjam, cikgu pulak perli sapa suruh tak beli yang ni. Kecik hati saya. Sudahnya, balik mengadu ngan mama, but unlike kids nowadays, of course la kena marah balik, takde maknanya mama nak beli baru. Haha! Itulah pengalaman masuk kelas 1 Hijau, SRK Zainab 1.
Baaanyaaakkkkkk nak tulis, tapi guess I have someone better to share, so I tend to share it with him rather than here, unlike I used to before. Semoga perasaan dan ikatan ni berkekalan, insyaAllah.
Banyak lagi benda nak buat ni, kerja berlambak. Kadang-kadang rasa nak menangis je, tapi alhamdulillah, niat yang baik dan faith, everything can be endured, aite?
So, toodles for now :)
Wednesday, January 21, 2015
Twenty Fifteen: The Beginning
New Year
New Hope
New Love
New Life
Dah lama tak update blog. Rindu tetiba. Dah siap masuk tahun baru dah.
Alhamdulillah, for this new year, I can't thank Allah enough, been giving my highest gratitude but it still won't be enough.
I have more adorable anak buah, loving family, faithful friends, found the love of my life, climbing up the career stairs, And it is just the beginning of the year. I'm at my happiest moment, for now.
Looking forward to more things, good things. A wedding to attend :)
Love,
Stay with me forever, will you?
Thursday, November 6, 2014
Sesat
I mean berbaloi yg dia sesat selama ni.
Or, dia tak sesat.
Cume berhati-hati.
Thursday, October 30, 2014
On time?
Saturday, October 18, 2014
Kepenatan
Duduk sendirian menghadap laut.
Bila tiada manusia berkeliaran..
Dan kau cuma mahu berhenti.
Berhenti jadi kuat.
Berhenti mencuba jadi kuat.
Berhenti berlakon menjadi kuat.
Tuesday, September 23, 2014
Kesedaran
Kau tau you will always fight for him.
Stand by him through thick and thin.
Through the joy and pain.
Kebanyakan ketika sama-sama susah.
Dan lelah tu datang bila kau sentiasa sedar;
He will never fight for you.
Yes, he will always be there but,
he will never fight for you.
He's ready to let you go when the time comes.
Tapi tu lah, realization yg dah lama kau realized.
Saturday, September 13, 2014
Tuesday, August 12, 2014
Frozen
So, I am sitting here in Sushi King, having my comfort food.
Well, I always have the tendency to eat(more to always actually) whenever I am depressed or after a bad conversation etc. (Hence to why I am getting fatter).
I am trying my hardest to please everybody. Parents, family, lilD, friends, employer, well, just everybody. Here we come to the point where I am just tired.
Cerita pasal lilD, we had arguments, during raya. Eh, Selamat Hari Raya by the way!
Ok, we had arguments, so since that I am trying my hardest not to be offended, to care, to feel, well, to be heartless in short. Kan, selalu ada masalah where I feel he thinks that I should be a robot without a heart so that I would stop getting hurt for stupid little things. So, that happened.
Sudahnya, he said I am being cold towards him. I don't think anything change, I am happy head over heels whenever I got to meet him. Just, I can't afford to feel anything, anymore to stop getting hurt.
I am trying to please him, to be heartless, so that we won't go to the same road of him accusing me to be upset for everything, when I am a human who has feelings.
So there you go, I guess heartless makes you cold.
Wednesday, July 9, 2014
#ramadan (bulan biru)
So, puasa tahun ni?
Macam biasa, minggu pertama mostly memang kat rumah je la melepet. Dah masuk second week ni berderet pula plan berbuka puasa ngan kawan2. Well, bila lagi nak jumpa kawan kan?
Tapi bersabar je la dengan duit mengalir macam air. Baru 2 minggu dapat gaji dah nak jatuh miskin dah T_T
Terasa lepas raya nak cari keje part time. Nak cari duit lebih, nak kumpul duit banyak dalam masa singkat. Hmm sedih betul bila terpaksa jadi hamba duit ni. Tapi nak buat cemana, banyak benda nak kena setelkan. Lagi lama lagi banyak nak kena bayar. Tu pun belum masuk mama da bunyi2 tanya taknak tuka kete ke oh dengan bila nak repair Kelisa -__-
Yelah, tau sendiri pakai pandai2 la repair. Bukan taknak, tapi ni gigih la ni kumpul duit nak repair kete. Banyak plan ngan duit yang simpan tu. Nak cat balik Kelisa, bayar hutang ngn lilD, setelkan credit card, belikan Rezza laptop. Semua nak. Tu tahan je nafsu bila terasa nak beli pape. Tak baik bazir, banyak lagi benda nak pakai duit. Hajatnya by umur 30, nak debt-free. Tapi macam tak kesampaian je? T_T
Tu bab financial. Bab hati? Entah lah. Haritu berasa hati lagi ngan LilD, which one of the reason kenapa aku terana nak cari part time job juga. Pedih kot bila dia ungkit pasal duit, pasal dia bukan kaya nak split everything (ye, ada juga benda lain dia cakap, dedua terasa, tapi yg ni senang sikit nak sembang). Terasa macam, dah 6 tahun you still think that I want your money? Haih. Makanya apa yg berhutang dengan dia hendaklah cepat dilangsaikan. Senang kot sentap benda2 camni.
Anyway, nak kembali fit. Awal2 sebelum puasa and minggu first puasa aritu da rajin jog, ni dah seminggu tak jog. Seram tengok badan sendiri. Lagi seram masa kat Melbourne haritu, ada tengok a TV programme called Embarrassing Fat Bodies. I don't wanna end up like that. Tu yang gigih gi jog. Gym dah bayar, tapi tak jejak lagi kaki ke sana. I really need a gym buddy camni, sebab segan nak pegi. Dulu kat FF ok je. Haih.
Oklah, dah abes ofis hour, and nak ke Solaris untuk iftar dengan ex-Patimas. Dari dulu lagi panggil iftar, tapi sejak ramai org dok kata yg sebut iftar ni poyo, terus elak. Padahal panggil dulu sebelum ramai org pakai, sekarang geng2 errr suka sebut arab2 punya perkataan ni. Takpelah, loh ko sek mu lah.
Toodles
Monday, June 9, 2014
Jawapan yang tak pernah ada
Dalam sebulan ni dah dua kali terasa.
Kadang2 bila good things (takdelah good sangat, maksud aku hubungan tiada pergolakan) go on for a long period of time, ada je perasaan yang nak tolong kacau.
Tapi tu lah, I am merely a human aku bagitau kat lilD. Sekuat mana aku usaha untuk be happy for him, aku tak boleh tipu yang aku pun ada perasaan juga, jadi masih boleh berkecil hati walaupun aku faham. Maka, tidak adil lah untuk tuduh aku tidak faham dan tamak. Itu sedih tahu tak?
Makanya dia akan selalu berbalik kepada, "remember the reason I wanted to end this last year?"
Sebenarnya bukan last year sahaja. Years before juga, almost every year. Sometimes it makes me wonder, if he wanted to get rid of me, he does not need to care about my feelings. He can leave, walk away as he pleases. Sebab dia tak rugi apa2, I am.
Hm. Sebenarnya aku dah tatau nak luah kat mana. Dulu selalu gak merapu kat twitter, tapi sekarang since he's on twitter as well, dia boleh tengok benda yg aku elak bagitau dia, elak utk bergaduh. So, rasanya lepas ni memang mengomel kat sini je lah kot? Sebab rasanya dia dah tak baca blog ni, for years.
Sebab hari tu lepas cuba untuk memahami keadaan dia, dah tentu aku kecik hati tapi taknak gitau dia sebab nanti gado. Dok membebel2 kat twitter tetiba dapat message kena marah.
Kesimpulannya pada dia, aku tak pernah rasa cukup with what I have. Aku tak pernah hargai his effort untuk puaskan hati semua orang. Ouch!
It hurts man! It hurts.
So, kesian bakal suami, kalau ada, sebab aku tak pernah rasa cukup. Well, my effort to understand people is never enough I guess. Aku tak pandai menghargai. Mungkin sebab tu Tuhan tak ketemukan jodoh aku. Sebab aku takkan mampu jadi seorang teman yang sempurna.
Hm.
Mengadu kat Ija, sambil gelak2 air mata pun ikot galak turun. Dia cakap, sampai bila aku nak tunggu?
Pemerhatian dia, masa aku sakit dia taktau pun lilD datang melawat aku, because he was busy (funny the fact that I always sick whenever he's busy/away).
Dia tanya, tak terasa ke Khairi sibuk call/message tanya nak teman gi klinik and Fariz siap datang bawak stok makanan (dan setengah dozen 100plus)? Sedangkan tu kawan. (Tapi lilD and I were never an item pun, kan ktorang ni undefined -_-)
Well, ouch!
Ok, dah panjang sangat. Nanti bosan. Aku kan suka bosankan orang. Haih
Fuh Habuk Fuhhhhh
Hellooooooo... Yesza, dah lama sangat tak blogging. Rindu? Yes! Tapi itulah, banyak masa digunakan untuk benda lain. Nak kata punyalah tak...
